Mengenai SPJ Malaysia
24 Januari 2018
Pertubuhan bertaraf kebangsaan
Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia telah berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasysia (ROS) sebagai sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan.
24 Januari 2018
Misi
- Membantu waris yang kurang berkemampuan dalam menguruskan jenazah ahli keluarganya & Persediaan awal sebelum berlakunya bencana alam atau darurat
Objektif
- Menggalakkan masyarakat terlibat dalam hal ehwal pengurusan jenazah secara sukarela dan secara tidak langsung mendidik masyarakat dengan ilmu pengurusan jenazah.
Patuh Syariah
- Melalui pendidikan secara langsung seperti penganjuran kursus / seminar dan secara tidak langsung melalui terbitan buku dan sebaran info / ceramah melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan lain-lain.
- Penerangan secara ilmiah berkaitan hukum-hakam dan adat budaya masyarakat setempat
- Menerangkan konsep khairat (sumbangan) dan ta'awun (tolong-menolong) yang dianjurkan dalam islam.
Professional
- Menawarkan perkhidmatan yang cekap, sistematik dan professional di seluruh negara melalui keahlian SPJM dan Gabungan NGO Pengurusan Jenazah Malaysia.
- Menyelaraskan pengurusan jenazah kariah / setempat dan pengurus tanah perkuburan agar proses pengurusan jenazah berjalan dengan lancar melalui kerjasama pihak masjid dan jabatan agama
Antarabangsa
- Perkhidmatan pengurusan jenazah bagi warga asing (bukan warganegara Malaysia) dalam menasihati waris bagi pengurusan dokumentasi, tempahan tempat pengebumian atau pembakaran (bagi bukan muslim) dan prosedur penerbangan jenazah ke negara asal.
- Perkhidmatan tuntuan jenazah atau abu mayat rakyat Malaysia yang meninggal dunia di luar negara serta urusan dokumentasi dan birokrasi melalui kerjasama dari pihak kedutaan dan badan pengurusan jenazah setempat