TERMA DAN SYARAT
ANDA TELAH MEMILIH UNTUK MENGAKTIFKAN AKSES ANDA KE WWW.SPJM.COM.MY PERKHIDMATAN DALAM TALIAN. SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI SEBELUM ANDA MENERUSKAN LEBIH LANJUT.
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT DI BAWAH ADALAH TERPAKAI KEPADA AKSES DAN PENGGUNAAN ANDA DI LAMAN SESAWANG INI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH MY EG SERVICES BERHAD DAN JUGA ANAK-ANAK SYARIKATNYA (“SELEPAS INI DIRUJUK SEBAGAI “SPJM”). DENGAN MENEKAN DALAM KOTAK TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT, ANDA TELAH BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT DI SINI TANPA HAD DAN JUGA KELAYAKAN.
JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT DI SINI, SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN SESAWANG INI DAN/ATAU PENGGUNAAN SERVIS DI SINI DENGAN SEGERA.
Perkhidmatan-Perkhidmatan SPJM
Perkhidmatan SPJM adalah seperti berikut:-
1. Pengurusan Jenazah Islam Warganegara
2. Pengurusan Jenazah Islam Bukan Warganegara
3. Pengurusan Jenazah Warganegara dari Luar Negara
4. Kit Jenazah
5. Perkhidmatan Van/Kenderaan Jenazah
6. Seminar/Kursus
7. Pengurusan Harta Pusaka
8. Khairat Kematian
Selamat Datang Ke SPJM!
Terima kasih kerana menggunakan produk dan perkhidmatan SPJM (“Perkhidmatan”). Perkhidmatan ini disediakan oleh(SPJM),
Segala perkhidmatan yang disediakan oleh SPJM adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian berkaitan untuk penggunannya. Tujuan terma-terma dan syarat-syarat ini adalah untuk mengawal akses anda ke laman sesawang ini dan terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang digunapakai untuk sebarang transaksi, produk dan/atau perkhidmatan yang terkandung di dalam laman sesawang ini. Sekiranya terdapat sebarang konflik di antara terma-terma dan syarat-syarat ini dan juga terma-terma dan syarat-syarat yang digunapakai untuk sebarang transaksi, produk dan/atau perkhidmatan yang terkandung di dalam ini, yang kemudiannya akan digunapakai.
Maklumat, bahan, fungsi dan isi kandungan yang disediakan dalam laman laman sesawang termasuk jenis produk dan perkhidmatan dan harga boleh diubah, diubah suai atau dihentikan dari semasa ke semasa dengan atau tanpa notis mengikut budi bicara mutlak SPJM. Akses atau penggunaan berterusan anda dalam laman sesawang ini dan/atau perkhidmatan yang disediakan di dalam ini selepas sebarang perubahan akan dikira sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
Penggunaan Perkhidmatan
Dengan bersetuju menerima Terma & Syarat ini, anda menyatakan bahawa anda telah mencapai umur yang sah dalam semua bidang kuasa yang berkaitan dan anda telah memberi kami kebenaran untuk membenarkan mana-mana tanggungan bawah umur anda menggunakan tapak ini.
Dilarang menyalahgunakan perkhidmatan SPJM. Sebagai contoh, dilarang mengganggu perkhidmatan SPJM atau mencuba untuk mengakses perkhidmatan SPJM dengan menggunakan kaedah lain selain daripada “interface” dan arahan yang telah disediakan. Anda boleh mengunakan Perkhidmatan SPJM hanya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuklah undang-undang kawalan dan peraturan eksport dan eksport. SPJM berhak menggantung atau memberhentikan Perkhidmatan SPJM ke atas anda sekiranya terma-terma atau polisi-polisi tidak dipatuhi oleh anda atau jika kami menjalankan penyiasatan dakwaan salah laku atau ketidakpatuhan. Kami berhak untuk menolak produk dan/atau perkhidmatan kepada anda atas sebarang sebab pada bila-bila masa.
Dengan menggunakan Perkhidmatan SPJM ianya tidak memberikan pemilikan kepada sebarang hak harta intelek dalam perkhidmatan SPJM atau kandungan yang diakses. Anda tidak dibenarkan menggunakan kandungan daripada perkhidmatan SPJM melainkan anda mendapat kebenaran daripada pemiliknya atau sebaliknya yang dibenarkan oleh undang-undang. Terma-terma ini tidak memberikan anda hak untuk menggunakan penjenamaan atau logo-logo yang telah digunakan dalam perkhidmatan SPJM. Dilarang sama sekali untuk mengalihkan, mengkaburkan atau mengubah mana-mana notis perundangan yang dipaparkan di dalam atau bersama-sama perkhidmatan SPJM.
Perkhidmatan SPJM memaparkan beberapa kandungan yang bukan hakmilik SPJM. Kandungan tersebut adalah tanggungjawab tunggal entiti yang menyediakannya. SPJM berhak menyemak kandungan bagi menentukan sama ada ia menyalahi undang-undang atau melanggari polisi, dan SPJM berhak mengalihkan atau enggan dari mempaparkannya sekiranya SPJM percaya bahawa ia telah melanggari polisi atau undang-undang. Akan tetapi, itu tidak bermaksud bahawa SPJM akan mengkaji semula kandungan tersebut, oleh yang demikian jangan menganggap bahawa SPJM akan melakukanya..
Sehubungan dengan Penggunaan Perkhidmatan, SPJM boleh menghantar pengumuman perkhidmatan, mesej pentadbiran dan maklumat yang lain. Anda boleh menarik diri daripada beberapa bentuk komunikasi yang disediakan tersebut.
Beberapa perkhidmatan SPJM boleh didapati di peranti mudah alih. Dilarang menggunakan Perkhidmatan SPJM dengan cara yang boleh mengganggu anda dan menghalang anda daripada mematuhi undang-undang lalu lintas atau keselamatan.
Akaun SPJM Anda
Anda memerlukan akaun SPJM untuk menggunakan perkhidmatan kami. SPJM berhak untuk menolak sebarang pendaftaran akaun dan menamatkan sebarang pendaftaran akaun atas sebarang sebab.
Untuk melindungi akaun SPJM anda, pastikan kata laluan anda adalah sulit. Anda bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang melibatkan atau melalui akaun SPJM anda. Adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan kata laluan akaun SPJM anda di aplikasi pihak ketiga.
Pautan yang berkaitan dengan SPJM
Pautan dari dan ke laman sesawang di luar laman sesawang ini bertujuan untuk memudahkan urusan semata-mata. Pautan ke laman sesawang tersebut adalah dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu tidak berada di bawah kawalan SPJM. Oleh yang demikian, SPJM tidak akan bertanggungjawab dan tidak membuat apa-apa pewakilan atau jaminan berkenaan dengan kandungan laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan di dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka. Selanjutnya, pautan yang disediakan dalam laman sesawang ini tidak akan dianggap sebagai pengendorsan, pengesahan atau kelulusan laman sesawang yang berkaitan atau kandungan di dalamnya. Menghubungkan kepada laman sesawang lain adalah pada risiko tunggal anda dan SPJM tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan di atas sebarang gantirugi yang berkaitan dengan penyambungan tersebut. Anda dinasihatkan untuk membaca pernyataan polisi privasi (jika ada) dari mana-mana laman sesawang yang dipautkan ke laman sesawang ini.
Jenis Perkhidmatan
SPJM tidak memberi jaminan, pernyataan atau jaminan bahawa penggunaan produk dan perkhidmatan SPJM oleh anda akan berterusan, tepat pada masanya, selamat atau bebas ralat. Kami tidak menjamin bahawa keputusan yang diperoleh daripada menggunakan produk dan perkhidmatan adalah tepat atau boleh dipercayai. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengalih keluar sebarang produk atau perkhidmatan untuk tempoh masa yang tidak ditentukan atau membatalkan produk atau perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda. Anda secara nyata bersetuju bahawa penggunaan produk atau perkhidmatan anda, atau ketidakupayaan untuk menggunakannya, adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.
Prosedur Aduan
Aduan / Perkhidmatan Standard Perkhidmatan Minimum
Aduan atau pertanyaan atau tuntutan pampasan melalui telefon, e-mel, sembang langsung atau mana-mana saluran elektronik lain. Mengesahkan dan menyelesaikan aduan dalam masa 48 jam.
Siasatan / maklum balas melalui laman web. Mengesahkan dan menyelesaikan aduan dalam masa 48 jam.
Pertikaian mengenai transaksi.
Pelanggan mesti dimaklumkan mengenai keputusan tidak lewat daripada 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan aduan tersebut.
Sekiranya kes itu rumit atau melibatkan isu-isu yang kompleks yang memerlukan siasatan lanjut, pelanggan mesti dimaklumkan melalui panggilan hormat. Keputusan mengenai aduan mesti disampaikan kepada pelanggan tidak lewat daripada 30 hari kalendar dari tarikh aduan pertama dibuat.
Di mana keputusan tidak boleh dibuat dalam tempoh 30 hari disebabkan keperluan untuk mendapatkan maklumat atau dokumen dari pihak ketiga (contohnya laporan siasatan perubatan, forensik atau polis), pelanggan mesti dimaklumkan mengenai kemajuan kes kepada pelanggan sekurang-kurangnya setiap bulan.
Jika penyelesaian secara baik tidak dapat dicapai, anda mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan undang-undang, tetapi tidak terhad kepada Tribunal untuk Tuntutan Pengguna.
Semua aduan boleh dibuat oleh anda kepada SPJM melalui sembang langsung yang tersedia melalui laman web kami atau melalui e-mel atau panggilan telefon di butiran Perhubungan kami yang dinyatakan di bawah.
Had Liabiliti
Jumlah liabiliti SPJM kepada penerima jika terdapat sebarang kehilangan atau kerosakan pada bungkusan akan dihadkan kepada kos menggantikan bungkusan tersebut. Jumlah liabiliti SPJM kepada penerima jika terdapat sebarang kelewatan penghantaran melebihi tiga (3) hari bekerja adalah terhad kepada caj penghantaran yang dibayar dan diterima oleh SPJM yang mana pampasan boleh dibuat oleh SPJM dalam bentuk pemulangan wang. , diskaun dan/atau kupon seperti yang ditentukan oleh SPJM.
Notis Polisi Privasi & Kewajipan Notis Perlindungan Data
Anda bersetuju dengan Notis Polisi Privasi SPJM yang dimasukkan di sini sebagai rujukan dan menerima bahawa ia adalah penting dan sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat ini.
Anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh SPJM mengikut terma-terma Notis Polisi Privasi SPJM dan polisi privasi yang digunakan. Anda bersetuju bahawa dengan mendaftarkan akaun dengan SPJM dan/atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan SPJM, anda telah memberikan kebenaran dan persetujuan untuk data peribadi anda didedahkan kepada dan/atau diproses oleh pihak ketiga dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan yang diperlukan untuk penyediaan perkhidmatan yang berkaitan dengan anda.
Anda memberikan kami persetujuan untuk mengesahkan data peribadi anda dengan entiti-entiti atau agensi-agensi lain untuk mengesahkan identiti anda dan/atau mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau pengawalseliaan berkaitan dengan perkhidmatan SPJM.
Anda menerima bahawa kami mungkin perlu menyemak Notis Polisi Privasi dan/atau polisi SPJM dari semasa ke semasa. Semua semakan akan dimaklumkan segera melalui laman sesawang kami. Penggunaan anda yang berterusan untuk perkhidmatan SPJM bermaksud bahawa anda telah bersetuju dan memberi keizinan kepada Notis Polisi Privasi dan polisi SPJM sebagai semakan.
Sekiranya kami diberikan data peribadi anak-anak di bawah umur yang dikaitkan dengan akaun atau peranti mudah alih anda, anda mewakili dan memberi jaminan bahawa anda adalah penjaga yang sah untuk kanak-kanak dan secara jelas bersetuju kepada pemprosesan data peribadi kanak-kanak tersebut untuk tujuan perkhidmatan. Anda secara sendirinya menerima dan bersetuju untuk bertanggungjawab bagi pihaknya dan terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini dan Notis Polisi Privasi SPJM.
Jaminan-Jaminan dan Penafian-penafian
SPJM menyediakan perkhidmatan SPJM menggunakan tahap kemahiran dan penjagaan yang munasabah secara komersial dan kami berharap anda akan menikmati ketika menggunakannya. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara tertentu yang kami tidak berjanji mengenai Perkhidmatan kami.
Selain daripada dinyatakan secara nyata dalam terma-terma atau terma-terma tambahan ini, SPJM atau pembekal perkhidmatan tidak memberikan sebarang janji khusus mengenai Perkhidmatan SPJM. Sebagai contoh, kami tidak membuat apa-apa komitmen mengenai kandungan dalam Perkhidmatan, fungsi spesifik Perkhidmatan, atau kebolehpercayaan, kesediaan, atau keupayaan untuk memenuhi keperluan anda. Kami menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan di dalam ini.
SPJM akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan ketepatan dan keesahan semua maklumat yang berkaitan dengan transaksi-transaksi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang secara eksklusif berasal dari www.SPJM.com.my. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab jika maklumat yang disediakan di laman web ini tidak tepat, lengkap, boleh dipercayai, bebas ralat atau terkini.
SPJM tidak menjamin atau mewakili akses tersebut secara keseluruhan atau sebahagian dari laman sesawang ini, bahan, maklumat atau fungsi yang terkandung di dalamnya adalah tidak terganggu.
Hakcipta
Melainkan dinyatakan sebaliknya, hak cipta dalam laman sesawang ini dan kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video dan susunannya, adalah hakmilik SPJM, dan dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan undang-undang hak cipta antarabangsa. Tiada bahagian atau mana-mana bahagian dalam laman sesawang ini boleh diubahsuai, disalin, diedarkan, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, dilakukan, diterbitkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijual atau diuruskan secara komersil dengan apa-apa cara tanpa persetujuan bertulis yang nyata terlebih dahulu daripada SPJM.
Anda juga tidak boleh, tanpa persetujuan bertulis yang nyata terlebih dahulu dari SPJM, memasukkan pautan ke laman sesawang ini di mana-mana laman sesawang lain, menyerupai apa-apa bahan yang terdapat di laman sesawang ini pada server lain.
Sebarang penerbitan semula yang tidak diberikuasa, penghantaran semula atau penyalinan atau pengubahsuaian dari mana-mana kandungan dalam laman sesawang SPJM boleh menjurus kepada satu perlanggaran peruntukan berkanun atau undang-undang common law yang mana boleh menjadi subjek kepada tindakan undang-undang.
SPJM menafikan semua liabiliti yang mungkin timbul daripada apa-apa penerbitan semula yang tidak diberikuasa atau penggunaan kandungan laman sesawang SPJM.
Cap Dagang
Semua cap dagang, tanda perkhidmatan, dan logo-logo yang dipaparkan di laman sesawang ini adalah milik SPJM.
Kecuali kebenaran bertulis dari SPJM telah diperoleh terlebih dahulu, tiada lesen atau hak akan diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses laman sesawang ini untuk menggunakan, memuatturun, menyalin atau mengubahsuai Cap dagang, tanda perkhidmatan atau logo-logo tersebut. Begitu juga, melainkan sekiranya persetujuan bertulis dari SPJM telah diperoleh terlebih dahulu atau pemilik yang berkaitan, tiada cap dagang, tanda perkhidmatan atau logo sedemikian boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan sebarang pautan ke laman sesawang SPJM atau mana-mana laman sesawang lain.
Pengecualian Liabiliti
SPJM tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, strict liability atau apa-apa asas lain, termasuk tanpa batasan, gantirugi langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, berbangkit, punitif atau kehilangan keuntungan atau simpanan yang timbul daripada akses atau penggunaan anda atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan laman sesawang ini (atau mana-mana pautan pihak ketiga kepada atau dari laman sesawang SPJM), pergantungan kepada maklumat yang terkandung di dalam laman sesawang, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau perisian mana-mana jenis, gangguan, kesilapan, peninggalan, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya.
Pengecualian liabiliti yang berpunca daripada tindakan dan/atau peninggalan oleh mana-mana pihak ketiga/pihak berkuasa yang berkaitan
SPJM tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap sebarang tuntutan, kehilangan keuntungan, pendapatan, atau data, kerugian kewangan atau gantirugi secara tidak langsung, khas, berbangkit, teladan, atau punitif yang disebabkan oleh mana-mana pihak ketiga/pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan seperti berikut: -.
Budi bicara yang dijalankan oleh mana-mana pihak ketiga/pihak berkuasa yang berkaitan;
Penutupan/pembatalan program-program oleh mana-mana pihak ketiga/pihak berkuasa berkaitan;
Sebarang kelewatan mana-mana pihak ketiga/pihak berkuasa yang berkaitan dalam memproses permohonan anda; dan
Sebarang kegagalan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh mana-mana pihak ketiga/pihak berkuasa yang berkaitan.
Indemniti
Anda dengan ini bersetuju secara tanpa syarat untuk menanggung rugi SPJM atas semua liability, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk apa-apa yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh SPJM berhubung dengan atau yang berbangkit daripada (1) penggunaan atau penyalahgunaan laman sesawang ini dan perkhidmatan yang disediakan di sini, atau (2) pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat ini walau bagaimanapun berlaku, atau (3) sebarang tuntutan perlanggaran harta intelek atau hak proprietari yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap SPJM sehubungan dengan penggunaan laman sesawang ini oleh anda.
Liabiliti untuk perkhidmatan
Sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang, SPJM, dan pembekal perkhidmatan SPJM, tidak akan bertanggungjawab untuk kehilangan keuntungan, pendapatan, atau data, kerugian kewangan atau ganti rugi tidak langsung, khas, berbangkit, teladan, atau ganti rugi punitif.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti SPJM secara keseluruhan, dan pembekal perkhidmatannya, untuk sebarang tuntutan di bawah terma-terma ini, termasuk untuk sebarang jaminan tersirat, adalah terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada SPJM untuk penggunaan Perkhidmatan yang berkaitan dengan tuntutan tersebut (atau, jika SPJM memilih, untuk membekalkan Perkhidmatan kepada anda sekali lagi).
Dalam semua kes, SPJM, dan pembekal perkhidmatannya, tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan melebihi perkhidmatan yang disediakan oleh SPJM.
Pengubahsuaian dan Penamatan Perkhidmatan SPJM
SPJM sentiasa mengubah dan meningkatkan mutu perkhidmatan SPJM. SPJM boleh menambah atau mengeluarkan fungsi atau ciri-ciri, dan SPJM boleh menggantungkan atau menghentikan perkhidmatan kesemuanya sekali.
Anda boleh berhenti daripada menggunakan perkhidmatan kami pada bila-bila masa walaupun SPJM berdukacita melihat anda berhenti menggunakan perkhidmatan SPJM. SPJM juga boleh berhenti daripada menyediakan sebarang perkhidmatan kepada anda, atau menambah atau mewujudkan had baru kepada perkhidmatan SPJM pada bila-bila masa.
Pihak kami percaya bahawa anda memiliki data anda dan melindungi akses anda kepada data tersebut amatlah penting. Jika perkhidmatan ini dihentikan di atas sebab yang munasabah, kami akan memberikan notis dan peluang terlebih dahulu kepada anda untuk mendapatkan maklumat daripada Perkhidmatan tersebut
SPJM merizabkan hak untuk menamatkan dan/atau menggantung akses anda ke laman sesawang ini dan/atau penggunaan anda di dalam laman sesawang ini pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab. Secara khusus, dan tanpa sebarang had, jika didapati anda melanggar sebarang terma-terma dan syarat-syarat atau hak-hak SPJM, atau pengguna lain atau pihak ketiga yang lain, SPJM akan menamatkan dan/atau menggantung akses anda.
Perkara lain-lain
Kegagalan Pihak SPJM untuk melaksanakan dan menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan di dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, hak atau peruntukan tersebut tidak akan diketepikan.
Jika mana-mana bahagian dari terma-terma dan syarat-syarat ini ditentukan tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan menurut undang-undang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan akan digantikan dengan peruntukan yang sah dan boleh dilaksanakan yang hampir sepadan dengan niat peruntukan asal dan peruntukan selebihnya di dalam terma-terma dan syarat-syarat akan terus berkuatkuasa secara penuh.
Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah dirizabkan.
Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah dikawal oleh dan hendaklah ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses laman sesawang ini dan/atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh SPJM, anda dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia di Kuala Lumpur, dalam semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman sesawang ini.
SPJM tidak membuat representasi bahawa bahan-bahan, maklumat, fungsi dan/atau perkhidmatan yang disediakan di laman sesawang ini adalah sesuai atau tersedia untuk digunakan dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia
Penggunaan Perkhidmatan untuk Perniagaan
Jika anda menggunakan perkhidmatan SPJM bagi pihak sesuatu perniagaan atau syarikat, perniagaan tersebut atau syarikat tersebut akan menerima terma-terma yang telah dinyatakan di sini. Ia tidak akan membahayakan dan akan menanggung kerugian terhadap SPJM dan pembekal perkhidmatannya, pegawai, ejen dan pekerja perkhidmatannya dari sebarang tuntutan, guaman atau tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan atau pelanggaran terma-terma ini, termasuk apa-apa tanggungan atau perbelanjaan yang timbul daripada tuntutan, kerugian, gantirugi, guaman, penghakiman, kos litigasi dan yuran guaman.
Mengenai Terma-Terma ini
SPJM boleh mengubah terma-terma atau sebarang terma-terma tambahan yang dikenakan ke atas perkhidmatan contohnya, perubahan kepada undang-undang atau perubahan kepada perkhidmatan SPJM. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak terma-terma secara berterusan.
SPJM merizabkan hak untuk meminda mana-mana terma-terma dan syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
Sekiranya berlaku konflik di antara terma-terma atau terma-terma tambahan, terma-terma tambahan akan digunapakai untuk konflik tersebut.
Terma-terma ini hanya mengawal pertalian di antara SPJM dan anda. Ianya tidak diwujudkan untuk mana-mana hak benefisiari pihak ketiga.
Komunikasi dengan SPJM
Semua pihak adalah terikat dengan komunikasi melalui e-mel yang didaftarkan dengan SPJM.
Hubungi Kami
Telefon: +603- 133 22 7937
E-mel: help@spjm.my | info@spjm.my