Panduan Ringkas Menguruskan Pesakit Yang Nazak & Tindakan Awal Sejurus Berlaku Kematian

BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG SEDANG NAZAK(SAKARATUL MAUT)

BAGAIMANA BERHADAPANDENGAN ORANG YANG BARU MENINGGAL

URUSAN DOKUMENTASI BERKAITAN PENGURUSAN JENAZAH

Bagaimana Berhadapan Dengan Orang Yang Sedang Nazak (Sakaratul Maut)?

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan mengikut tertib dan sunnah.

  1. ) Membimbing pesakit dengan kalimah ‘Laillaha ilallah’ secara tertib
  2. ) Bacalah ayat al-Quran di sisi pesakit
  3. ) Tunaikan apa jua hajat pesakit jika tidak syaitan akan menunaikanya

Bagaimana berhadapan dengan orang yang baru meninggal dunia?

Setelah orang yang nazak menghembuskan nafas yang terakhir, maka pihak waris atau orang sekeliling jenazah perlu mengaturkan beberapa perkara seperti berikut.

  1. )  Tutup mata jenazah
  2. )  Sumbatkan kapas di kedua telinga dan lubang hidung jenazah
  3. )  Keluarkan gigi palsu dan tutup mulut jenazah
  4. )  Tukarkan pakaian jenazah dengan pakaian yang bersih dan mudah ditanggal
  5. )  Qiamkan tangan dan ikat sendi-sendi jenazah
  6. )  Letakkan sesuatu benda yang sederhana berat di atas perut jenazah
  7. )  Gunakan wangi-wangian untuk menutup bau jasad jenazah

Urusan dokumentasi berkaitan pengurusan jenazah

Sekiranya berlaku kematian, pihak waris perlu mendapatkan permit penguburan mayat sebelum jenazah hendak diuruskan.

Ini adalah satu prosedur perundangan dalam negara kita agar pihak waris atau orang sekeliling tidak disabitkan kesalahan menyembunyikan kematian dibawah akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957.

Pihak waris boleh mendapatkan permit mengubur mayat di bahagian kaunter unit forensik atau bilik mayat hospital jika kematian berlaku di hospital, Sekiranya jenazah meninggal diluar hospital atau mana-mana tempat yang lain, maka pihak waris perlu mendapatkan permit tersebut di Balai Polis yang berhampiran.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya kematian berlaku di luar hospital:

  1. Hubungi pasukan perubatan yang berhampiran atau terus hubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kematian yang berlaku
  2. Pihak perubatan/Ambulans akan datang ke lokasi yang dimaklumkan untuk memeriksa dan mengesahkan kematian yang dinyatakan.
  3. Sekiranya kematian telah disahkan, satu surat pengesahan akan diserahkan kepada pihak waris untuk tindakan susulan.
  4. Pihak waris perlu segera membuat laporan polis di Balai Polis yang berhampiran sejurus menerima surat pengesahan yang diberikan oleh pasukan perubatan
  5. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama adalah:

-Surat pengesahan kematian

-Kad Pengenalan si mati

-Kad pengenalan pihak waris

-Dokumen/rekod perubatan hospital/klinik si mati sekiranya ada

Sumbangan untuk SPJM:

Cimb: 8603-48-9285

Bsn: 1410-0410-0030-6186

Sumbangan untuk Nur Fattah:

Bank Islam: 1222-5010-0138-41

Fb/Ig/Tiktok: Ustaz Rafie Zainal-Undertaker

No.Tel: 013-322 7937/013-922 7937

  1. Orang lelaki Islam bagi jenazah lelaki begitu juga sebaliknya.
  2. Suami atau isteri.
  3. Orang yang haram nikah dengannya (adik-beradik, ibu bapa, datuk nenek).
  • Tempat memandikan jenazah
  • Air mutlak secukupnya
  • Air daun bidara
  • Kapas
  • Putik kapas
  • Sabun
  • Minyak attar
  • Air mawar
  • Serbuk cendana
  • Kapur barus
  • Sarung tangan & apron
  • Bekas menjirus air
  • Kain putih
  • Serbuk cendana
  • Tali 5 utas
  • Kapur barus
  • Gunting
  • Minyak attar
  • Kapas
  • Air mawar
  1. Berdiri betul bagi yang berkuasa.
  2. Niat-“Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki/perempuan ini empat takbir menjadi imam/makmum kerana
    Allah Ta’ala.”
  3. Takbir empat kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca selawat sekurang-kurangnya; “Allahumma solli a’la Muhammad.”
  6. Membaca doa seperti berikut;
    Lelaki: “Allahummaghfirlahu warhamhu wa a’fihi wa’fuanhu”
    Perempuan: “Allahummaghfirlaha warhamha wa a’fiha wa’fuanha”
  7. Memberi salam yang pertama.
  1. Hukum menguburkan jenazah adalah fardhu kiffayah.
  2. Wajib menyegerakan pengebumian jenazah.
  3. Disunatkan berdiri ketika melihat jenazah diusung sehingga jenazah hilang dari pandangan.
  1. Tengah malam
  2. Matahari sedang terbit
  3. Matahari di tengah langit sampai tergelincir
  4. Matahari hampir terbenam
  1. Sunat mengucapkan takziah kepada waris si mati.
  2. Harus mencium jenazah kerana Rasulullah SAW telah mencium jenazah Uthman bin Maz’un.
  3. Haram meratapi jenazah dan dibolehkan menangis kerana ia satu fitrah.
  4. Tidak batal wudhuk si mati walaupun dicium oleh isteri atau suaminya tetapi yang batal orang
    yang mencium jenazah kerana orang mati tidak ada hukum lagi bagi mereka.
  5. Makruh makan ketika jenazah masih ada di dalam rumah.
  6. Harus membaca talkin untuk peringatan orang yang masih hidup.
  7. Harus menganjurkan tahlil tetapi sebaiknya doa dibacakan oleh anak atau waris si mati
  8. Harus menukarkan pakaian si mati dengan pakaian yang bersih sebelum diuruskan jenazahnya.
  9. Wajib melangsaikan atau menghebahkan hutang si mati dan waris perlu mewakili si mati
    untuk memohon maaf kepada masyarakat
Scroll to Top