SPJM

KHAT NEWSPJM-01

Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia

Mykasih jenazah

KHAIRAT MYKASIH JENAZAH diperkenalkan bagi menyediakan kemudahan pasukan pengurusan jenazah atau bantuan kewangan segera, kepada semua ahli / peserta khususnya dan umat Islam di Malaysia amnya.Apabila berlaku kematian, pihak waris boleh memilih untuk mendapat Pengurusan jenazah lengkap daripada pihak MYKASIH JENAZAH atau memilih untuk bantuan kewangan tunai (khairat) segera di hari kematian.

Polisi & Privasi

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana pindaan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa (selepas ini dirujuk sebagai “Akta”), Polisi ini mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksikomersial, merangkumi SPJ Malaysia, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan (selepas ini dirujuk sebagai “SPJ MALAYSIA”, “kami” atau “kita”). Di dalam polisi ini, perkataan “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Akta. Polisi privasi ini meliputi mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh kami dan bertujuan memaklumkan cara pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan pemprosesan data tersebut.

Polisi Privasi ini meliputi semua operasi dan unit-unit perniagaan SPJ MALAYSIA. Polisi Privasi ini akan menggantikan mana-mana notis atau polisi bagi semua operasi dan/atau unit perniagaan SPJ MALAYSIA yang sudah mempunyai Polisi Perlindungan Data. Sila baca Polisi Privasi ini untuk mengetahui bagaimana kami mengguna dan memproses data peribadi yang kami perolehi daripada anda. Dengan memberikan data peribadi anda dan/atau menggunakan laman web kami dan/atau perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan Polisi Privasi ini dan membenarkan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda sepertimana yang telah dinyatakan dalam Polisi Privasi ini dan juga sebarang pindaan dari semasa ke semasa oleh SPJ MALAYSIA.

Sebarang perubahan di dalam Polisi Privasi ini akan dikemaskini di laman web kami. Mana-mana Polisi Privasi yang dikemaskini akan terus diterima pakai untuk semua data peribadi serta maklumat yang telah disimpan sebelum ini atau yang sedang diproses oleh SPJ MALAYSIA. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyemak versi Polisi Privasi kami setiap kali anda melayari laman web kami untuk sebarang maklumat terkini atau pindaan. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda perlu memastikan bahawa anda mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menggunakan perkhidmatan atau produk kami. Jika anda adalah sebuah firma, perbadanan atau entiti yang membekalkan data peribadi rakan kongsi anda, pengarah, pemegang saham, pekerja, pegawai dan/atau pihak ketiga kepada kami, sila pastikan mereka mengetahui isi kandungan Polisi Privasi ini dan turut bersetuju untuk membekalkan data peribadi mereka.

Sekiranya anda ingin mengakses dan memohon untuk membuat pembetulan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda, sila hubungi kami pada ketetapan yang dinyatakan di bawah:

Waktu Pejabat

:

8.30 pagi hingga 5.30 petang

No. Telefon

:

+603-2385 7032 / +6013-332 7937

No. Faks

:

+603-2385 7032

Alamat E-mel

:

spjmmy@spjm.my

Alamat

:

No 132, Jalan H 15 Taman Melawati

53300 Kuala Lumpur, Selangor

Darul Ehsan

Pegawai perhubungan

:

Pengurus, Penyelia, Pegawai Khidmat Pelanggan

    • Selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Akta, kami mungkin:

    • mengenakan bayaran untuk memproseskan permintaan untuk akses anda; dan menolak pemintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan mengikut Akta

Polisi privasi ini menggariskan:

    1. Jenis data peribadi yang diproses;
    2. Tujuan data peribadi telah dikumpul atau yang akan dikumpulkan untuk proses selanjutnya;
    3. Sumber data peribadi;
    4. Pihak yang menerima atau mungkin menerima data peribadi anda;
    5. Di mana anda wajib untuk membekalkan data peribadi anda dan impak jika anda gagal berbuat demikian;
    6. Pilihan dan keadaan di mana anda boleh menghadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuk data peribadi orang lain yang boleh dikenal pasti melalui data peribadi anda;
    7. Hak anda untuk memohon akses dan pembetulan ke atas data peribadi anda dan cara untuk menghubungi kami jika mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi.

Data peribadi merujuk kepada semua maklumat yang berkaitan dengan anda secara langsung atau tidak langsung, termasuk apa-apa data peribadi yang sensitif serta penyataan yang merujuk kepada peribadi anda. Data peribadi yang sensitif merujuk kepada maklumat berkenaan dengan keadaan atau kesihatan fizikal dan mental, pandangan politik, agama atau kepercayaan, perlakuan apa-apa kesalahan di sisi undang-undang, atau apa-apa data peribadi anda yang termaktub di dalam undang-undang yang sedia ada atau yang akan dipinda dari semasa ke semasa.

Data peribadi yang dikumpul oleh kami termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

    1. Maklumat peribadi – contoh:- nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau pasport, jantina, kewarganegaraan, bangsa, alamat, nombor telefon, nombor fax, alamat e-mel
    2. Maklumat bil – perincian maklumat kad kredit dan akaun bank anda
    3. Status perkhidmatan yang anda perolehi atau langgan dari kami – contoh: nombor akaun, baki akaun, aktiviti akaun, perihal pembayaran
    4. Maklumat urus niaga – contoh: maklumat yang anda minta daripada perkhidmatan kami, seperti kit jenazah, buku terbitan SPJ Malaysia
    5. Minat peribadi dan kecenderungan anda untuk membantu kami dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang paling sesuai kepada anda.

Jika terdapat sebarang keperluan, kami akan mendapatkan kebenaran terus daripada anda untuk memproses data peribadi sensitif anda. Walau bagaimanapun, kami boleh memproses data peribadi anda tanpa sebarang kebenaran anda dalam keadaan yang terhad sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Segala langkah yang munasabah akan diambil oleh pihak SPJ MALAYSIA bagi memastikan bahawa:

    • Data peribadi yang disimpan secara elektronik atau bukan, adalah selamat dari sebarang risiko kerugian, kemusnahan, duplikasi, penggunaan, pengubahsuaian atau pendedahan dengan mengemaskini tempoh pengekalan dan klasifikasi Data Peribadi tersebut yang tertakluk kepada keperluan undang-undang dan perniagaan;
    • Pelupusan atau pengalihan dokumen yang mengandungi Data peribadi, di mana ia dianggap munasabah bahawa Data Peribadi yang dikumpul tidak lagi tertakluk kepada tempoh penyimpanan, dan proses pelupusan akan direkodkan.
    • Pihak SPJ MALAYSIA akan, dalam tempoh masa berkala membuat kajian sewajarnya terhadap tempoh masa penyimpanan dan tujuan Data Peribadi yang disimpan.

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi yang dibekalkan oleh anda atau pihak ketiga, untuk tujuan salah satu atau lebih seperti berikut:

    • Untuk pengesahan identiti anda;
    • Untuk menilai dan memproses permohonan/permintaan anda terhadap perkhidmatan kami;
    • Untuk menyediakan maklumat dan/atau perkhidmatan yang anda minta daripada SPJ MALAYSIA dan/atau wakil dilantik dan/atau rakan kongsi perniagaan kami dan/atau pertanyaan yang berkaitan dengannya;
    • Untuk mentadbir dan mengurus perkhidmatan kami
    • Untuk menyiasat, memproses dan menyelesaikan sebarang isu perkhidmatan, aduan, komunikasi atau lain-lain pertanyaan yang anda hantar kepada kami mengenai perkhidmatan kami;
    • Untuk menilai dan/atau mengesahkan kebolehpercayaan kredit;
    • Untuk terus berhubung dengan anda dan menyediakan sebarang maklumat yang anda minta, perkhidmatan dan/atau produk yang ditawarkan oleh kami dan/atau sebarang perubahan keatasnya dan/atau oleh pembekal perkhidmatan dan/atau rakan kongsi perniagaan;
    • Untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap perkhidmatan, produk, sistem perniagaan dan infrastruktur kami;
    • Untuk menguruskan latihan kakitangan dan menjamin kualiti;
    • Untuk menghasilkan butiran data, laporan dan statistik tanpa identiti atau identiti seseorang individu itu tidak akan didedahkan;
    • Untuk menyiasat, menjawab, atau membela tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan SPJ MALAYSIA;
    • Untuk menjalankan aktiviti pemasaran;
    • Untuk menyimpan rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau undang-undang;
    • Untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan;
    • Untuk mematuhi syarat di bawah undang-undang dan peraturan; dan/atau
    • Untuk sebarang tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak penguatkuasa yang berkaitan.
e-SPJ Malaysia

FREE
VIEW