SPJM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan yang khusus berkhidmat dalam pengurusan jenazah sama ada di dalam dan juga di luar negara. Pihak SPJM berpengalaman dalam menguruskan jenazah-jenazah kritikal seperti jenazah reput, HIV/AIDS, Tibi, Covid-19 dan lain-lain.
Berdaftar secara rasmi di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan pada tanggal 24 Januari 2018 dan telah beroperasi di seluruh negeri di Malaysia dalam hal ehwal pengurusan jenazah. Sehingga kini lebih 5,000 jenazah pelbagai kategori telah diuruskan oleh pihak SPJM.